Wednesday, August 18, 2010

PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2010

*Saya mengandaikan bahawa semua pelajar terutama calon SPM 2010 sudahpun mengetahui soalan-soalan yang telah dimasukkan dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM (Ulangan) yang berlangsung pada 21 Jun 2010 lepas. Lalu persediaan untuk menghadapi Kertas 2 Bahasa Melayu SPM (November) akan lebih berfokus kepada teks cerpen,drama, prosa klasik, puisi tradisional dan sajak yang sama ada belum disentuh, belum pernah disoal dalam SPM November atau yang sudah agak lama tidak dipilih sebagai teks ujian. *Untuk teks cerpen, dua buah cerpen yang masih belum dipilih untuk dijadikan soalan pemahaman 2b ialah Lambaian Malar Hijau dan Annyss Sophillea. Kedua-dua teks ini terdapat dalam antologi Anak Laut manakala cerpen Sebutir Pasir Di Kaki dan Aku,Kris & Kristal yang terdapat dalam antologi Kerusi telah dipilh sebagai teks ujian dalam SPM (Ulangan) dan belum pernah disoal dalam SPM (November). Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada empat-empat tersebut dengan tidak mengetepikan cerpen-cerpen yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui

*Manakala untuk teks drama, semua drama telah dipilih untuk dijadikan teks ujian. Pun begitu, berdasarkan analisis, drama Jangan Bunuh Rama-Rama dan Kerusi masih belum dijadikan teks ujian untuk SPM (November). Kedua-dua teks drama ini terdapat dalam antologi Kerusi. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada kedua-dua drama tersebut dengan tidak mengetepikan drama-drama yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui

*Untuk teks prosa klasik (soalan pemahaman 2c), semua teks kecuali Sabor telah dipilih untuk dijadikan teks ujian baik dalam SPM Jun mahupun SPM November. Saya berpendapat bahawa teks Sabor tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Begitu juga dengan teks Peminangan Puteri Gunung Ledang, walaupun baru dipilih untuk diuji dalam SPM November 2008. Selain itu, teks seperti Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya dan Pertarungan Tuah Dengan Jebat juga sudah lama tidak dipetik sebagai teks ujian. Pelajar-pelajar dinasihatkan agar memberi tumpuan kepada keempat-empat teks prosa klasik tersebut dengan tidak mengetepikan teks yang lain. Segala-galanyanya boleh berlaku ! ALLAH jua yang Maha Mengetahui

1 comment:

  1. saya calon spm persndirian tahun ni.. di mana saya mencari sesuatu yg amat berguna utk saya bg menghadapi spm tahun ini....

    ReplyDelete