Sunday, February 6, 2011

SEHARI SEUNTAI KATA

Siri 1- Apitan me-kan dan men-i, di-kan dan di-i

Perkataan: Memagar
Maksud: membuat pagar atau memasang pagar.
Ayat:Dia memagar kawasan rumahnya dengan kawat berduri.

Perkataan: Memagarkan:
Maksud : menjadikan sesuatu sebagai pagar.
Ayat: Dia memagarkan kawat berduri di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: Memagari
Maksud: mengelilingi sesuatu.
Ayat: Kawat berduri memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
Perkataan: dipagar
Maksud: pagar dibuat atau dipasang di sesuatu tempat atau kawasan
Ayat: Kawasan rumahnya dipagar dengan kawat berduri.

Perkataan: dipagarkan:
Maksud : sesuatu dijadikan sebagai pagar.
Ayat: Kawat berduri dipagarkan di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: dipagari
Maksud: Sesuatu kawasan atau tempat dipagari
Ayat: Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri.

Siri 2- Bahasa Istana

Perkataan: berkenan
Maksud: bersetuju
Ayat: Baginda telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Budiman esok.

Perkataan: Berangkat
Maksud: pergi
Ayat: Sultan negeri itu akan berangkat ke Tanah Suci esok.

Perkataan: Bertitah
Maksud: berkata
Ayat: Dalam majlis itu, baginda bertitah bahawa semua pihak harus saling-menghormati supaya perpaduan terus terpelihara.

Perkataan: bersiram
Maksud: mandi
Ayat: Tuan Puteri sedang bersiram dengan inang pengasuh di Taman.

Perkataan: bersemayam
Maksud: tinggal
Ayat: Baginda akan bersemayam di Istana Kayangan mulai 1 Februari 2011.

Perkataan: beradu
Maksud: tidur
Ayat: “Beta ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.

Siri 3-Perkataan yang hampir sama maknanya.

Perkataan: menutuh
Maksud:. memotong dahan atau cabang kayu, memangkas, mencantas:
Ayat: Bapa sedang menutuh dahan-dahan nangka di belakang rumah itu.

Perkataan: menakik
Maksud: melukai sesuatu dengan parang untuk membuat takik dengan menggunakan parang.
Ayat: Pak Samad menakik batang pokok itu untuk membuat tempat pemijak sebelum memanjatnya.

Perkataan: memangkas
Maksud: memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek
Ayat: Mereka memangkas pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya.

Perkataan: mencantas
Maksud: memangkas atau memancung hujung dahan dan sebagainya
Ayat: Pak Abu mencantas dahan pokok rambutannya yang berbuah lebat itu.

Siri 4 –Perkataan Homograf
Homograf: Homograf ialah perkataan yang bunyi berbeza-beza walaupun ejaannya sama. Makna perkataan juga berbeza mengikut bunyi sebutannya.

Perkataan: Rendang
Maksud : masakan
Ayat: Makcik Rubiah memasak rendang daging untuk dihidangkan kepada tetamu pada hari raya.

Perkataan: Rendang
Maksud: sifat pohon
Ayat: Setelah bermain bola sepak, kami berehat di bawah sebatang pohon yang rendang untuk melepaskan penat.

Perkataan: Perang
Maksud: bertempur
Ayat: Kebanyakan pelarian yang tinggal di khemah tersebut merupakan mangsa perang.

Perkataan: Perang
Maksud: warna
Ayat: Kebanyakan orang Eropah mempunyai rambut berwarna perang kerana mereka berkulit putih.

Perkataan: Semak
Maksud: periksa
Ayat: Buku akaun itu saya semak berkali-kali untuk memastikan jumlah wang yang dimasukkan itu betul.

Perkataan: Semak
Maksud: tumbuhan kecil
Ayat: Ayam itu berlari ke arah semak apabila cuba ditangkap oleh abang.

Perkataan: Semak
Maksud: tidak kemas
Ayat: Biliknya ditinggalkan dalam keadaan semak dan tidak berkemas kerana dia terlewat ke sekolah

Sunday, January 2, 2011

SESI BARU PERSEKOLAHAN 2011

Moderator Cikguanda.blogspot.com merakamkan ucapan Selamat Meneruskan Pengajian dalam sesi persekolahan 2011 kepada semua pelajar walau di mana anda berada. Semoga pada tahun ini anda memperoleh kekuatan dan kelebihan yang dianugeahkan Tuhan sebagaimana yang diimpikan untuk meraih kejayaan. Kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM dan STPM), teruskan usaha anda. Semoga usaha yang tidak mengenal jemu dan putus asa akan membuahkan sesuatu yang bermakna buat semua kemudian hari.

Untuk makluman semua, moderator cikguanda.blogspot.com akan melakukan beberapa pengubahsuaian terhadap isi kandungan dan konsep persembahan laman ini untuk kelihatan lebih ceria, lebih bernilai tambah dan bermaklumat. Jadi, selalulah berkunjung ke laman ini untuk mengikuti perkembangannya dari masa ke masa serta mengutip pelbagai informati yang disediakan.

Thursday, November 25, 2010

LAMAN PERBINCANGAN MAYA CIKGU ANDA

Para pengunjung laman ini boleh menyertai perbincangan maya menerusi satu laman yang baharu disediakan. Laman tersebut membolehkan para pengunjung berbincang pelbagai topik mengenai pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Semoga kewujudan laman tersebut mampu membantu guru-guru dan para pelajar meningkatkan kemahiran dan meraih kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan diduduiki.

Untuk itu, anda boleh berkunjung ke laman berikut :

http://s4.zetaboards.com/CIKGU_ANDA/index/

Selamat berbincang secara maya.

Wednesday, November 17, 2010

PECUTAN TERAKHIR SPM 2010

PECUTAN TERAKHIR PROSA TRADISIONAL SPM 2010
1. CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA
(Percubaan MELAKA, SABAH, SARAWAK, SELANGOR)

i. Maksud rangkai kata:
(a) berceritalah anak kera itu segala perihalnya bermaksud anak kera memberitahu semua peristiwa / hal yang telah berlaku
(b) tahu ia akan ilmu tabib bermaksud Bayan mengetahu cara mengubati penyakit.
(c) minta dilenyapkan juga daripada mata ibu bapanya bermaksud disuruh agar dihilangkan daripada pandangan penjaganya
(d) beroleh kejahatan – mendapat kesengsaraan/padah/malapetaka

ii. Soalan Petikan:
(a) Tindakan saudagar terhadap anak kera:
- saudagar menangkap anak kera
- saudagar membunuh anak kera
- saudagar mengambil hati anak kera
- hati anak kera dijadikan ubat

(b) Alasan bayan untuk mengelakkan dirinya daripada dibunuh:
- budak itu tidak akan kenyang jika memakannya kerana dagingnya hanya sekepal
- jika budak itu menjualnya dengan dua ribu dinar, budak itu akan dapat menggunakan hasil jualannya sehingga anak cucu
- menyuruh budak itu menjualkannya kepada raja kerana dia dapat mengubati penyakit sopak raja

(c) Sebab bayan melarang anaknya berkawan dengan anak cerpelai:
- Cerpelai binatang yang tidak jujur
- Cerpelai binatang yang tidak setia.

(d) Sikap yang patut dijauhi:
- hasad dengki dan pendendam
- bersekongkol untuk melakukan kejahatan
- gembira atas kesusahan orang lain

(e) Peritiwa selepas anak kera kalah bermain catur dengan anak saudagar:
- anak saudagar menghunuskan pisau dan diparangkannya kepada anak kera
- anak kera melompat dan terkena hujung pisau itu pada lengannya lalu luka sedikit
- anak kera mengambil pisau yang dicampakkan oleh anak saudagar lalu dilontarkannya kepada anak saudagar dan anak saudagar itu pun luka sedikit

iii. KBKK:
(a) Akibat anak tidak mendengar nasihat ibu bapanya:
- hidup tidak selamat
- tidak mendapat restu daripada ibu bapa
- mudah ditimpa malang / malapetaka
- mudah terjebak dalam gejala negatif
- tidak berjaya dalam kehidupan
- berdosa dan dianggap sebagai anak derhaka
- tidak mendapat rahmat Tuhan

(b) Alasan untuk menyokong tindakan raja membeli bayan itu dengan harga empat ribu dinar:
- bayan dapat dijadikan penghibur
- kepandaiannya boleh membantu rakyat
- Raja mampu membayarnya dengan wang sebanyak itu
- dapat dijadikan haiwan peliharaan

(c) Faedah cerita Bayan:
- sebagai satu bentuk hiburan
- sebagai pengajaran, iktibar dan panduan
- menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
- satu sumber untuk mendidik secara tidak langsung
- sebagai satu terapi minda
- mengisi masa lapang dengan berfaedah

(d) Amalan hidup berjiran:
- saling membantu antara satu sama lain
- tidak iri hati dan tidak berdendam
- bertolak ansur
- bermusyawarah untuk menyelesaikan sesuatu masalah

(e) Kebaikan mendengar nasihat ibu bapa:
- hidup akan lebih selamat
- terlindung daripada musibah/kecelakaan/kesengsaraan
- tidak terjebak dalam kancah negatif
- berjaya dalam kehidupan
- sentiasa mendapat rahmat daripada Tuhan
- dianggap anak yang soleh/solehah
- hati akan menjadi lebih tenang


2. PERTARUNGAN TUAH DENGAN JEBAT
(Percubaan SBP, KELANTAN, TERENGGANU, PERAK, W.PERSEKUTUAN, P.PINANG)

i. Maksud rangkai kata:
(a) sepala-pala jahat jangan kepalang – sekiranya melakukan perbuatan yang jahat hendaklah melakukannya sampai kesudahan
(b) tiada endah lakunya – tidak mempedulikan aksi Hang Jebat
(c) matanya meleng matanya memandang – melihat dengan berwaspada/berhati-hati
(d) supaya masyhurlah namaku – agar nama Hang Jebat menjadi terkenal
(e) rosak bawang ditimpa jambaknya – diri sendiri yang musnah akibat perbuatan sendiri

ii. Petikan:
(a) Tindakan Hang Jebat supaya namanya masyhur:
- Hang Jebat menuntut bela atas kematian Hang Tuah
- Hang Jebat menderhaka kepada Sultan Melaka
- Hang Jebat membunuh berpuluh-puluh ribu orang yang tidak berdosa

(b) Tindakan kerjasama antara Hang Jebat dengan Hang Tuah:
- bersama-sama menyarung keris
- mereka berdua berusung tilam
- mereka berdua meletakkan tilam di tengah ruang
- bersetuju bertikam di atas talam supaya terpelihara kaki mereka
- berjalan berdua masuk ke dalam perbendaharaan raja

(c) Alasan Hang Jebat kerana penderhakaannya:
- hatinya sakit kerana Hang Tuah yang tidak berdosa dihukum oleh Sultan
- tidak puas hati akan tindakan Hang Tuah tanpa usul periksa
- Hang Tuah banyak berjasa dan berbakti
- alang-alang menderhaka dan berbuat jahat biarlah mati dengan nama yang jahat

(d) Reaksi Hang Jebat setelah Laksamana menyentak keris dari pinggangnya:
- Hang Jebat terkejut
- Hang Jebat bangun/bangkit
- Hang Jebat mengusir Laksamana
- meminta Laksamana supaya membunuhnya

(e) Keadaan keris parung sari:
- bertatah sampai ke hujung
- mempunyai lok tujub belas
- rupanya baik
- kukuh dan tajam seperti getah

(f) Tindakan HangJebat apabila diminta oleh Hang Tuah untuk membuka pintu agar mereka dapat bertikam:
- menyuruh Hang Tuah bersabar kerana dia hendak melangirkan kerisnya
- menutup pintu istana empatpuluh
- menikam tujuh ratus orang perempuan di dalam istana

iii. KBKK:
(a) Langkah-langkah yang diambil untuk mewujudkan keamanan dalam sesebuah negara:
- pemerintah hendaklah adil ketika menjatuhkan hukuman
- rakyat hendaklah bertindak secara rasional dan tidak terburu-buru
- mahkamah hendaklah dijadikan tempat menyelesaikan masalah
- penderhaka harus dikenakan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain

(b) Kepentingan muafakat:
- dapat mengelakkan persengketaan / perbalahan
- dapat mengeratkan silaturahim
- supaya mendapat keputusan yang lebih adil
- urusan akan menjadi lebih mudah
- mewujudkan percambahan idea / perkongsian ilmu
- mewujudkan semangat kerjasama

(c) Wajar / tidak wajar tindakan Hang Tuah membunuh Hang Jebat:
Wajar:
- Hang Tuah perlu mentaati perintah Sultan
- Hang Jebat telah menderhaka kepada Sultan
- Hang Jebat telah berdosa kepada rakyat Melaka dengan melakukan pembunuhan
- menghentikan keadaan huru-hara
- mengembalikan kedudukan Sultan sebagai raja
- mengelakkan daripada lebih banyak rakyat yang tidak berdosa daripada menjadi korban
- perbuatan menderhaka bertentangan dengan adat dan budaya bangsa Melayu
Tidak wajar kerana:
- Hang Jebat bertindak sedemikian untuk membela sahabatnya, Hang Tuah
- Hang Tuah boleh memohon perkenan Sultan untuk memberikan pengampunan / dijatuhkan hukuman ringan kepada Hang Jebat
- semangat setiakawan Hang Jebat perlu dihargai
- Hang Tuah boleh memujuk Hang JEbat supaya menyerah diri
- Hang Tuah tidak mengenang jasa Hang Jebat

(d) Kebaikan mempelajari seni mempertahankan diri:
- dapat mempertahankan diri daripada ancaman musuh
- dapat mempertahankan maruah diri
- dapat membantu orang lain yang teraniaya/dizalimi
- dapat menyumbangkan tenaga kepada bangsa dan negara
- dapat meningkatkan disiplin diri
- dapat mengekalkan budaya warisan bangsa
- dapat meningkatkan keyakinan diri

(e) Kewajaran Hang Jebat menyerahkan keris parung sari semula kepada Laksamana:
Wajar:
- Keris itu milik Laksamana dan bukan miliknya
- keris itu dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Laksamana
- tidak ingin digelar sebagai perampas
- supaya Laksamana membatalkan niatnya untuk membunuhnya
Tidak wajar:
- akan memudahkan Laksamana membunuhnya
- dapat menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh Laksamana
- keris itu telah menjadi miliknya setelah diserahkan oleh sultan kepadanya

(f) Tindakan Hang Tuah untuk mengelakkan pertumpahan darah:
- memujuk Hang Jebat supaya menyerah diri
- memohon perkenan Sultan supaya meringankan hukuman kepada Hang Jebat
- memujuk Hang Jebat supaya bertaubat dan kembali ke jalan yang benar
- menyedarkan Hang Jebat bahawa perbuatannya itu akan menjejaskan masa depan anaknya


3. ASAL USUL RAJA KECIL
(Percubaan KEDAH)

i. Maksud rangkai kata:
hendak berhamba akan dirinya – ingin menyatakan kesediaannya berkhidmat

ii. Petikan:
Keistimewaan Tuan Bujang:
- Berani mengembara seorang diri
- Cinta akan ilmu
- Menghormati orang tua – meminta izin daripada Puteri JIlan sebelum mengembara
- Darjat Tuan Bujang lebih tinggi daripada sultan

iii. KBKK:
Nasihat sebelum keluar mencari ilmu:
- berhati-hati semasa berada di rantau orang
- menjaga tingkah laku supaya disenangi orang ramai
- tidak sombong dan sentiasa merendah diri
- menghormati guru dan beradab sopan ketika menuntut ilmu


4. KEZALIMAN MEMBAWA PADAH
(Percubaan N.SEMBILAN)

i. Maksud:
patahlah perang – kalah/tewas/kecundang dalam pertempuran

ii. Petikan:
Tindakan Betara Majapahit setelah baginda mengetahui kandungan surat yang dikirim oleh Sang Rajuna Tapa:
- menyediakan 300 buah kapal
- menyediakan peralatan/senjata peperangan
- menyediakan dua keti tentera
- mengarahkan pasukan tenteranya belayar ke Singapura
- mengarahkan tenteranya berperang dengan Singapura

iii. KBKK:
Kepentingan kesetiaan rakyat kepada pemerintah:
- menjamin negara terus aman dan makmur
- dapat memajukan dan memacu pembangunan negara
- segala agenda negara dapat dilaksana dengan lebih berjaya
- menyuburkan nilai murni dalam diri
- mempertahankan negara daripada ancaman musuh


5. SABOR
(Percubaan MRSM)

i. Maksud:
pekerti tuan hamba demikian ini – perangai/tingkah laku/sikap Siti Saidah begini / seperti ini

ii. Petikan:
Aduan Saidah kepada Jibor:
- Sabor memegang tangan Saidah ketika dia hendak ke bilik air
- Sabor menghunus jambiahnya dan hendak menikam Saidah jika Saidah menjerit
- Sabor ingin mencabuli Saidah tetapi Saidah tidak mahu menuruti kehendak Sabor dan dia lebih rela mati daripada curang terhadap Jibor

iii. KBKK:
Kesan perbuatan memfitnah:
- orang yang tidak bersalah/baik akan menjadi mangsa fitnah
- hubungan antara manusia semakin renggang
- masyarakat akan menjadi huru-hara kerana tersebarnya fitnah
- permusuhan dalam kalangan masyarakat akan berleluasa
- usaha memajukan negara terbantut kerana keamanan tergugat
- saman-menyaman semakin berleluasa
Dicatat oleh Cikgu Anelyza WMS di 6:30 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
PECUTAN TERAKHIR CERPEN / DRAMA KOMSAS SPM 2010
1. DRAMA SERUNAI MALAM
(Percubaan MELAKA, SBP, N.SEMBILAN, PERAK)

i. Petikan
(a) Gambaran keadaan Umar semasa kecil:
- pergi ke sekolah berkaki ayam
- berjalan di atas batas-batas sawah
- kadang-kadang makan sekali sehari
- pernah ke sekolah dengan perut lapar
- tidak membawa wang ke sekolah

(b) Perbezaan pandangan hidup Umar dengan Safiah:
- Umar hendak berkhidmat sebagai seorang guru di dalam negaranya
- Safiah hendak hidup di luar negara

(c) Sebab Umar bersungguh-sungguh mahu berbakti kepada masyarakat kampung:
- masyarakat kampung masih dibelenggu kemiskinan
- dia pernah melalui keperitan hidup semasa kecil
- dia sendiri berasal dari kampung
- taraf pendidikan masyarakat kampung masih rendah

(d) Sebab Umar suka menjadi guru:
- untuk mengisi tenaga kerja guru yang kurang
- kerjaya yang kurang diberi perhatian oleh mahasiswa
- tidak cemerlang dalam mata pelajaran sains
- masa depannya dengan Safiah masih cerah / terjamin

(e) Impian Safiah:
- ingin tinggal di luar negeri
- ingin bekerja di luar negeri
- ingin bermain salji

ii. KBKK
(a) Ciri-ciri memilih pasangan yang dapat membawa kebahagiaan hidup:
- berbudi bahasa / bersopan santun
- dapat memahami jiwa kita
- pandai berdikari / menyesuaikan diri
- mempunyai pegangan agama yang teguh
- sesuai dengan cita rasa kita
- mempunyai kedudukan / darjat yang setaraf

(b) Cara memujuk Safiah supaya merestui hasrat untuk menjadi guru:
- menyedarkan Safiah bahawa kerjaya sebagai seorang guru sangat mulia
- dapat mendidik anak-anak bangsa
- dapat mengubah nasib sesuatu kelompok masyarakat seperti masyarakat di luar bandar
- dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan

(c) Usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak kampung:
- memberikan kesedaran tentang kepentingan pendidikan / ilmu pengetahuan
- membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran asas
- memberi kelas bimbingan/kelas tambahan terhadap anak-anak kampung
- mengadakan bengkel, ceramah atau pameran

(d) Cara untuk membina masa depan yang cemerlang:
- belajar bersungguh-sungguh
- mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
- memiliki disiplin diri yang tinggi
- sering berkunjung ke perpustakaan
- sering bertanya kepada guru
- sentiasa mencari peluang yang baik

(e) Reaksi yang patut ditunjukkan oleh Safiah apabila Umar menyatakan keinginannya untuk menjadi guru di dalam negara:
- bangga kerana Umar sanggup berbakti untuk negara sendiri
- gembira kerana mempunyai tunang yang berjiwa patriotik
- kagum kerana Umar sanggup mendidik anak watannya

iii. KOMSAS
(a) Perwatakan Safiah:
- seorang penyayang – Safiah menyayangi Umar
- mempunyai cita-cita – Safiah bercita-cita untuk ke luar negara
- mudah merajuk – Safiah merajuk apabila Umar datang lewat ke rumahnya
- mementingkan diri sendiri – Safiah ingin Umar bekerja di luar negara
- keanak-anakan – Safiah menyuruh Jah menyediakan minuman untuknya

(b) Persoalan/Pengajaran/Nilai:

(I)
Persoalan: Sedar akan keperitan hidup
Nilai: Keinsafan / kesedaran
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa sedar akan keperitan hidup yang pernah kita alami.
Contoh: Umar sentiasa sedar akan kesusahan hidup yang pernah dilaluinya semasa dia
masih kecil dan tinggal di kampung.

(II)
Persoalan: kasih sayang antara satu sama lain
Nilai: Kasih sayang
Pengajaran: Kita haruslah saling menyayangi antara satu sama lain.
Contoh: Umar dan Safiah saling menyayangi.

(III)
Persoalan: tabah menghadapi dugaan hidup
Nilai: Ketabahan
Pengajaran: Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Umar tabah menghadapi keperitan hidupnya semasa kecil.

(IV)
Persoalan: Sedia berkhidmat untuk tanah air
Nilai: Cinta akan tanah air
Pengajaran: Kita haruslah cinta akan tanah air kita dan sedia berkhidmat untuk negara.
Contoh: Umar cinta akan tanah airnya dan sedia berkhidmat di negaranya / di kampung halamannya.

(V)
Persoalan: menghormati tetamu
Nilai: Hormat-menghormati
Pengajaran: Kita harus menghormati tetamu yang datang ke rumah kita.
Contoh: Ibu Safiah menghormati ayah Umar, Pak Majid yang datang ke rumahnya.

(VI)
Persoalan: Gigih berusaha untuk Berjaya
Nilai: Kegigihan
Pengajaran: Kita haruslah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.
Contoh: Umar gigih berusaha hingga dia Berjaya menamatkan pengajiannya di university.

(VII)
Persoalan: Baik hati sesama manusia
Nilai: Baik hati
Pengajaran: Kita haruslah baik hati sesama manusia.
Contoh: Pak Majid membawa oleh-oleh dari kampung untuk keluarga Safiah.


2. CERPEN LAMBAIAN MALAR HIJAU
(Percubaan JOHOR, SABAH, MRSM)

i. Maksud rangkai kata:
(a) sindiket yang gila akan duit – kumpulan yang mementingkan keuntungan / wang

ii. Soalan Petikan:
(a) Sebab Daneng tidak mahu menyambung pelajaran:
- tidak mahu meninggalkan tempat kelahirannya / hutannya
- jiwanya sudah terikat dengan hutan
- mendambakan kehidupannya di hutan

(b) Keadaan isi pondok Daneng:
- tiada sebarang perabot
- beberapa buah bantal buruk
- sebuah almari using

(c) Alasan Daneng menolak pujukan Cikgu Jo:
- dia berasa lebih selesa tinggal di tempat itu
- nenek moyangnya disemadikan di tempat itu
- jiwanya terikat pada pohon tualang/bukit-bukit/pohon-pohon
- dapat menghidu udara segar di hutan
- sudah sebati menjalankan aktiviti di hutan
- mendambakan/keinginan meneruskan kehidupan di hutan

iii. KBKK:
(a) Tindakan Cikgu Jo untuk memujuk Daneng menyambungkan pelajarannya:
- menasihati Daneng akan kepentingan pelajaran pada masa depan
- memujuk ibu bapa Daneng agar memujuk Daneng
- meminta bantuan Tok Batin / kaunselor untuk memujuk Daneng
- meminta pengetua atau PIBGuntuk memujuk Daneng
- menawarkan pelbagai bantuan persekolahan untuk Daneng

(b) Sebab pendidikan penting dalam kehidupan seseorang:
- Memperoleh ilmu pengetahuan yang luas
- Menjadi orang yang dihormati/disegani oleh masyarakat
- Berpeluang untuk memegang jawatan yang tinggi/penting
- Tidak mudah ditindas/ditipu/dianiaya oleh orang lain
- Dapat menyumbang bakti/berbakti kepada masyarakat dan negara
- Dapat memajukan masyarkat, bangsa dan negara

(c) Wajar / tidak wajar Daneng mempertahankan cara hidupnya pada zaman globalisasi ini
Wajar:
- kos hidup murah
- dapat berjimat cermat / tidak perlu berhutang
- kurang terdedah kepada budaya kuning / negatif
- dapat mempertahankan alam sekitar
- dapat mempertahankan warisan kehidupan nenek moyangnya
Tidak wajar:
- perlu menuntut ilmu demi masa depannya
- perlu bersikap terbuka untuk berubah
- dapat menjadi suri teladan kepada kaumnya
- dapat memajukan masyarakatnya
- dapat mendepani perubahan zaman yang semakin mencabar

(d) Jika Daneng enggan menerima nasihat Cikgu Jo:
- Daneng akan terus hidup dalam kemiskinan
- Daneng akan keciciran dalam pelajaran
- Dia tidak dapat mengembangkan bakat/potensi
- tidak dapat berbakti kepada masyarakat orang asli
- hubungan antara Daneng dengan Cikgu Jo akan renggang

iv. KOMSAS
(a) Latar masyarakat:
- Masyarakat yang prihatin/bertanggungjawab – Sebagai seorang guru, Cikgu Jo memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya.
- Masyarakat yang tinggal di hutan – Jiwa Daneng sudah terikat dengan hutan dan dia enggan meninggalkan hutannya itu.
- Masyarakat yang baik hati – Ibu Daneng membekalkan petai kepada Cikgu Jo untuk dibawa pulang.
- Masyarakat yang mempercayai pantang larang – Daneng melarang Cikgu Jo bercakap bukan-bukan ketika memancing.
- Masyarakat yang gigih berusaha – Daneng gigih berusaha untuk berjaya dalam hidupnya dan akhirnya dia telah mendapat gelaran Datuk dan Hadiah Nobel.

(b) Persoalan/Nilai:

(I)
Persoalan: Kepentingan pelajaran untuk mencapai cita-cita
Nilai: Mencintai ilmu
Contoh: Cikgu Jo menyedarkan Daneng bahawa hanya pelajaran dapat membantu Daneng dalam mempertahankan hutannya

(II)
Persoalan: Menghormati tetamu
Nilai: Hormat-menghormati
Contoh: Ibu Daneng menyambut kedatangan Cikgu Jo dengan baik.

(III)
Persoalan: sayang akan alam sekitar
Nilai: kasih sayang
Contoh: Daneng sangat menyayangi alam sekitar dan hutannya hinggakan dia enggan menyambung pelajarannya ke bandar.

(IV)
Persoalan: Keprihatinan seorang guru
Nilai: Keprihatinan
Contoh: Sebagai seorang guru, Cikgu Jo memujuk Daneng agar meneruskan persekolahannya.

(V)
Persoalan: gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Nilai: Kegigihan
Contoh: Daneng gigih berusaha untuk berjaya dalam hidupnya dan akhirnya dia telah mendapat gelaran Datuk dan Hadiah Nobel.


3. ANNYSS SOPHILLEA
(Percubaan KELANTAN, SARAWAK, TERENGGANU)

i. Petikan:
(a) Hak Eyrique yang dirampas oleh Strenn:
- kekasihnya / Sarlyn
- takhta / pengganti raja
- mahligai / takhta Alstonia

(b) Usaha yang dilakukan olehAnnyss dan Eyrique untuk menyelamatkan nyawa Akmal:
- meletakkan tangan di atas luka yang tidak kelihatan pada dada Akmal
- memasukkan cahaya kebiruan ke dalam dada Akmal supaya tidak merasai kesakitan yang berlaku kepada Akmal

(c) Suasana di pusara ayah dan bonda Annyss:
- udara berbau wangi dari pohon dsymma
- hari semakin cerah apabila matahari pagi mulai meninggi
- suasana kedinginan apabila rumput menghijau masih dibasahi embun

ii. KBKK:
(a) Cara mendapatkan hak tanpa persengketaan:
- mengadakan perbincangan
- menggunakan orang tengah seperti ketua kampung, wakil rakyat dan sebagainya
- melaporkan kepada pihak berkuasa seperti polis
- menggunakan saluran mahkamah / undang-undang
- mendapatkan sokongan orang ramai seperti ahli keluarga

(b) Kewajaran tindakan Annyss dan Eyrique menyelamatkan Akmal:
- untuk membalas pergorbanan Akmal yang sanggup mengorbankan nyawanya demi keselamatan mereka berdua
- Akmal ialah sahabat Annyss yang banyak membantu Annyss
- menunjukkan kasih sayang sesama insan
- Akmal tidak bersalah dan tidak layak menerima hukuman itu

(c) Menerima lamaran Strenn atau tidak:
Terima kerana:
- tidak berdaya untuk mencari Eyrique
- boleh menggulingkan Strenn dari takhta Alstonia
- dapat memujuk Strenn supaya menunjukkan tempat Eyrique disembunyikan

Tidak kerana:
- benci /tidak mencintai Strenn
- mahu menunaikan wasiat ayahanda dan bonda
- yakin dapat mencari Eyrique
- tidak mempercayai Strenn

iii. KOMSAS
(a) Nilai:
- keberanian - Eyrique berani menuntut haknya
- berpandangan jauh - Eyrique dapat menjangkakan pemikiran Strenn
- bersatu padu - Eyrique dan Annyss bersatu kuasa untuk menyelamatkan nyawa Akmal
- kasih sayang - Annyss menyayangi Eyrique dan sanggup turun ke bumi untuk mencari kembarnya itu .
- semangat setiakawan - Akmal sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan Annyss dan Eyrique daripada terkena tembakan Strenn
- Amanah - Annyss berjanji akan menunaikan wasiat dan ayah bondanya.
- Ketegasan - Annyss tegas menolak lamaran Strenn/tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata Strenn.


4. JANGAN BUNUH RAMA-RAMA
(Percubaan SELANGOR, W.PERSEKUTUAN)

i. Petikan:
(a) Kesukaran yang dihadapi oleh raja untuk mendapatkan rama-rama:
- masuk belukar keluar belukar, masuk hutan keluar hutan, masuk rimba keluar rimba
- mengalami kecederaan di tangan, di kaki dan di muka
- tergelincir dan terus terjatuh ke dalam sebuah telaga yang airnya sedang mendidih bergelegak

(b) Permintaan permaisuri terhadap suaminya:
- menyuruh suaminya mencarikan rama-rama yang cantik-cantik untuknya
- meminta suaminya sendiri yang mencarikan rama-rama itu kerana suaminya arif dalam hal itu.

ii. KBKK:
(a) Kewajaran rama-rama membantu raja:
Wajar:
- mereka merupakan makhluk Tuhan
- dapat mengelakkan raja mati di dalam telaga itu dan rakyat akan kehilangan seorang raja
- percaya akan konsep buat baik dibalas baik
- memberikan keinsafan kepada raja
- sikap memaafkan kesilapan orang lain merupakan sikap yang terpuji
Tidak wajar:
- raja ingin menangkapnya
- keselamatannya akan terancam
- khuatir raja akan meneruskan niatnya
- raja akan melakukan kezaliman terhadap dirinya
- menjadi pengajaran kepada orang yang zalim

(b) Cara mengekalkan hubungan suami isteri:
- sentiasa toleransi apabila berhadapan dengan masalah
- sentiasa bermusyawarah apabila menghadapi masalah
- saling mempercayai antara satu sama lain
- melakukan aktiviti/hobi bersama-sama
- sering menghadiri ceramah untuk mengekalkan hubungan suami isteri

iii. KOMSAS:
Nilai:
- Keinsafan – raja menyedari kesilapannya selepas terdengar azan Subuh dan tidak mahu membunuh rama-rama lagi
- tolong-menolong – rama-rama menolong raja untuk menyejukkan air di dalam telaga dengan mengipas-ngipas dengan sayapnya
- belas kasihan – rama-rama kasihan melihat raja yang kepanasan
- kasih sayang – raja sayang akan isterinya sehingga sanggup mencarikan rama-rama yang cantik buat isterinya
- baik hati – Peran dan rombongannya ingin mengubati orang buta
- rasional – Mek Bongsu dapat berfikir secara rasional apabila meninggalkan kemewahannya dan menjadi marhaen
Dicatat oleh Cikgu Anelyza WMS di 6:03 AM 3 ulasan Pautan pada catatan ini
Monday, November 8, 2010
PECUTAN TERAKHIR KOMSAS SPM 2010 (PUISI MODEN)
1. DI RUANG GEMANYA
(Percubaan MELAKA, TERENGGANU)

(a) Maksud:
i. hampa dan derita bermaksud kekecewaan dan kesengsaraan
ii. Telah kurangkumkan rebah setiaku bermaksud menetapkan bahawa dia akan setia selamanya

(b) Petikan:
i. Pengorbanan penyair terhadap negara dalam rangkap pertama:
- pengorbanan penyajak terhadap negara
- penyajak tetap setia tanpa berbelah bahagi kepada negara
- bersama-sama memajukan negara menuju kegemilangan
- bersama-sama menghadapi dugaan negara

(c) KBKK:
i. Cara untuk menghadapi dugaan hidup:
- berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah
- sentiasa berfikiran positif/terbuka
- tidak berputus asa
- banyakkan bersabar/cekal/tabah
- berdoa/bertawakal/berserah kepada Tuhan
- muhasabah/menilai diri

ii. Usaha-usaha memupuk semangat cinta akan tanah air:
- sama-sama menyertai sambutan Hari Kebangsaan untuk meningkatkan keinsafan terhadap keperitan hidup pada zaman penjajah
- mengenali tokoh-tokoh yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara untuk dijadikan idola
- meningkatkan pengetahuan tentang sejarah negara melalui penekanan terhadap subjek sejarah di sekolah-sekolah atau penayangan filem-filem patriotik di pawagam atau di televisyen
- semua kaum menghayati prinsip Rukun Negara/perlembagaan negara/bendera/lagu Negaraku
- menggunakan kurikulum yang sama/memantapkan mata pelajaran sejarah, sivik dan kenegaraan

iii. Kepentingan bersatu:
- dapat melaksanakan impian dan cita-cita dengan lebih mudah
- musuh tidak dapat memecahbelahkan hingga berlaku perselisihan faham
- lebih bijak dan prihatin dengan isu-isu persekitaran – tidak hanya mementingkan diri sendiri

iv. Kesan sekiranya rakyat tidak setia kepada negara:
- keamanan negara akan tergugat yang menyebabkan musuh mudah menyerang negara
- para pelabur tidak berani untuk melabur di Malaysia
- kestabilan politik akan tergugat dan kepimpinan negara mudah digulingkan

(d) KOMSAS:
Persoalan/nilai murni:
(I)
- Persoalan: kesetiaan dan ketaatan untuk kebahagiaan negara
- Nilai: kesetiaan/ketaatan/cinta akan tanah air.
- Huraian: Penyajak sentiasa menjadikan kesetiaan sebagai perkara penting dalam memastikan negaranya menuju kebahagiaan

(II)
- Persoalan: sabar menempuh pelbagai cabaran
- Nilai: kesabaran
- Huraian: Penyajak sanggup menghadapi sebarang rintangan tanpa mengenal erti kecewa atau derita demi rasa setianya kepada negara.

(III)
- Persoalan: berkongsi pengalaman dengan orang lain
- Nilai: bertanggungjawab
- Huraian: Penyajak sanggup berkongsi pengalamannya dengan orang lain untuk menghadapi pelbagai cabaran hidup.

(IV)
- Persoalan: gigih berusaha untuk kepentingan negara
- Nilai: kegigihan
- Huraian: Penyajak berusaha dengan gigih menjayakan matlamat negara.



2. JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
(Percubaan JOHOR, MRSM)

(a) Maksud:
Rangkap kedua
- perasaan tidak sabar semakin memuncak
- sikap sombong yang menguasai diri
- terlalu emosional / sensitif
- mudah bosan

(b) Petikan:
i. Sikap pengguna jalan raya:
- tidak sabar ketika memandu
- mempunyai sikap sombong dengan kenderaan yang dipandu
- biadap/suka memandu laju
- tidak bersopan ketika berada di jalan raya
- sering mengikut emosi ketika memandu
- tidak mematuhi peraturan jalan raya/tidak beretika

ii. Masalah yang berlaku di jalan raya berpunca daripada pertambahan kenderaan:
- menyebabkan kesesakan jalan raya
- menyebabkan pengguna jalan raya kurang rasa sabar
- pengguna jalan raya akan berlumba sesama mereka

(c) KBKK:
i. Langkah-langkah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya:
- kerajaan perlulah memperlebar jalan raya yang sempit.
- Rakyat haruslah mengamalkan amalan kongsi kereta atau menggunakan kenderaan awam ke tempat kerja.
- Pihak berkuasa perlu memastikan lampu isyarat berfungsi dengan baik.
- Polis trafik diletakkan di tempat-tempat yang sesak dengan kenderaan untuk mengawal

lalu lintas.

ii. Punca-punca kesesakan jalan raya selain sikap pengguna:
- bencana alam/hakisan tanah/banjir kilat
- kerosakan jalan raya/jalan sempit
- bilangan kenderaan yang semakin bertambah
- sistem lalu lintas yang tidak terancang/sistematik
- halangan jalan raya seperti kemalangan/pembinaan
- sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa

iii. Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya:
- Keadaan jalan raya perlu lebih baik, lebar dan tidak berlubang.
- Hukuman kepada mereka yang memandu laju dan mengakibatkan kemalangan perlu
lebih keras seperti dipenjarakan.
- Kenderaan yang melebihi 15 tahun dan sering terdedah kepada kerosakan tidak dibenarkan menggunakan jalan raya awam

(d) KOMSAS:
Persoalan / Pengajaran:
(I)
Persoalan: Kehidupan kota yang penuh cabaran dan masalah
Pengajaran: Kita hendaklah bersabar menempuh kehidupan yang serba mencabar.
Huraian: Penduduk kota raya terpaksa bersabar menghadapi cabaran hidup yang semakin
besar terutamanya masalah kesesakan jalan raya.

(II)
Persoalan: Sikap penduduk di kota yang sering mementingkan diri
Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa bertimbang rasa terhadap orang lain.
Huraian: Masyarakat kota sering mengabaikan sikap timbang rasa demi kepentingan diri
sendiri.

(III)
Persoalan: Jalan raya dijadikan medan perlumbaan
Pengajaran: Kita perlu memandu dengan berhemah untuk mengelakkan kemalangan jalan
raya.
Huraian: Jalan-jalan raya di kota sering dijadikan tempat untuk menunjukkan kehebatan
mereka dengan berlumba dan memandu dengan laju.

(IV)
Persoalan: Pengguna jalan raya yang tidak mementingkan peraturan jalan raya.
Pengajaran: Kita hendaklah mematuhi peraturan jalan raya ketika memandu.
Huraian: Pengguna jalan raya pada masa ini tidak lagi mematuhi peraturan jalan raya/tidak
beretika.


(Jawaban hendaklah ditulis dalam ayat yang lengkap)
Dicatat oleh Cikgu Anelyza WMS di 5:18 AM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Friday, November 5, 2010
PECUTAN TERAKHIR KOMSAS SPM 2010 (PUISI TRADISIONAL)
1. SELOKA PAK KADUK
(Percubaan MELAKA, SARAWAK ZON C, YAYASAN ISLAM KELANTAN, WILAYAH PERSEKUTUAN, SELANGOR)

(a) Maksud rangkai kata:
- mudik menongkah surut bermaksud pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun
- bayu berpuput bermaksud angin bertiup

(b) Soalan berdasarkan petikan:
Tindakan-tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh Pak Kaduk:
- mempertaruhkan kampungnya sehingga menyebabkan kampungnya tergadai.
- mencurahkan /membuang nasi sehingga dia kebuluran
- mempunyai rumah tetapi dijadikan tempat persinggahan sahaja
- dia sanggup membunuh isterinya sehingga dia hampir tidak makan
- belayar ketika angin tidak bertiup / air surut

(c) Soalan KBKK:
(i) Cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh seseorang:
- perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas / mestilah rajin /gigih
- perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan
- mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain
- belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- mencontohi mereka yang telah berjaya
- belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu
- jangan banyak bersedih / jangan berputus asa / menyerahkan kalah
- berbincang dengan rakan atau keluarga
- bertindak dengan menggunakan akal yang rasional / waras
- mengelakkan tabiat yang bertentangan dengan hukum agama / undang-undang negara

(ii) Cara untuk membina kematangan fikiran:
- belajar /menuntut ilmu
- meningkatkan amalan membaca pelbagai bahan bacaan
- belajar daripada pergaulan dengan orang dewasa dan mengutip pengalaman mereka
- menyertai aktiviti-aktiviti lasak seperti berkayak, mengembara dan sebagainya.

(iii) Perbuatan menolak rezeki ini perlu dihindari kerana:
- supaya tidak dimurkai Tuhan
- sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan
- supaya tidak ditimpa kesusahan
- supaya rezeki akan semakin bertambah

(d) Soalan aspek KOMSAS:

Pengajaran / persoalan dalam seloka:
(I)
Pengajaran: Kita hendaklah berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Persoalan: Sikap suka bertindak terburu-buru
Huraian: Sikap Pak Kaduk yang bertindak terburu-buru mendatangkan masalah kepadanya.

(II)
Pengajaran: Kita hendaklah menghindarkan tindakan yang berlawanan dengan kelaziman.
Persoalan: Tindakan yang berlawanan dengan kelaziman
Huraian: Pak Kaduk mendapat masalah kerana sering bertindak berlawanan dengan kelaziman seperti belayar ketika angin berhenti daripada bertiup / air surut.

(III)
Pengajaran: Kita hendaklah mengelakkan diri daripada berjudi / ditipu akibat terlalu percaya dengan orang lain.
Persoalan: Keburukan berjudi
Huraian: Pak Kaduk sering ditipu akibat terlalu percaya kepada orang lain/berjudi.

(IV)
Pengajaran: Kita hendaklah bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras/ rasional.
Persoalan: Kepentingan bertindak dengan akal yang waras
Huraian: Pak Kaduk yang tidak menggunakan akal yang rasional sering menjadi mangsa keadaan.

(V)
Pengajaran: Kita janganlah membunuh sesama manusia / hendaklah menyayangi sesama manusia.
Persoalan: Keburukan membunuh ahli keluarga / kepentingan sayang akan ahli keluarga Huraian: Sikap Pak Kaduk yang membunuh isteri sendiri menyebabkan dia hampir tidak makan.


2. SYAIR KELEBIHAN ILMU
(Percubaan KEDAH, KELANTAN, N.SEMBILAN, PERLIS, SABAH, SBP, P.PINANG)

(a) Soalan petikan:
Kelebihan ilmu:
- lebih berharga daripada harta dunia / tidak boleh dijual beli
- nilai ilmu terlalu tinggi
- berfaedah di mana-mana sahaja
- manusia berilmu mempunyai kelebihan
- ilmu dapat memberi hiburan
- ilmu dapat menerangkan sesuatu yang tidak jelas
- ilmu juga boleh memberi cahaya apabila kita berada di alam Barzakh menerusi amalan yang
kita lakukan

(b) Soalan KBKK:

(i) Usaha-usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat berilmu:
- memastikan semua rakyat mendapat pendidikan dengan memperbanyak sekolah di seluruh
negara terutama di kawasan pedalaman
- menggalakkan pendidikan seumur hidup
- melonggarkan syarat-syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan mengenakan
syarat-syarat yang minimum
- mengadakan kempen kesedaran kepentingan ilmu
- mengenakan tindakan terhadap ibu bapa yang mengabaikan pendidikan anak-anak
- memberikan bantuan kewangan / biasiswa kepada pelajar yang miskin / tidak berkemampuan
- memupuk budaya ilmu dalam kalangan masyarakat
- menggalakkan penerokaan ilmu dalam pelbagai bidang

(ii) Cara-cara seseorang itu dapat meningkatkan pengetahuannya:
- melalui pembacaan – buku-buku, majalah dan akhbar
- belajar di sekolah / berguru / menuntut ilmu
- mendekati orang yang berilmu
- menghadiri majlis-majlis ilmiah – ceramah, seminar, kursus, kuliah dsbnya
- membuat kajian dan penyelidikan
- melalui pengalaman hidup – mengembara, melancong, melawat
- sentiasa menonton rancangan yang ilmiah di televisyen atau mencari maklumat yang
bermanfaat di internet
- berbincang dengan guru/rakan/ahli keluarga

(iii) Cara-cara seorang pelajar dapat memanfaatkan ilmu dalam kehidupan sehariannya:
- sentiasa berkongsi ilmu pengetahuan dengan orang lain melalui perbincangan
- sentiasa membantu masalah yang dihadapi oleh rakan sebaya
- sentiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang merentas minda seperti perbahasan, forum perdana
dan sebagainya dan sekali gus dapat mengharumkan nama sekolah
- membantu adik-beradik yang lemah dalam pelajaran

(iv) Akibat jika seseorang itu tidak mementingkan ilmu:
- pencapaian dirinya lambat untuk meningkat
- mudah terpedaya oleh mereka yang mengambil kesempatan
- bertindak akan mengikut perasaan tanpa memikirkan baik buruknya
- akan menyebabkan kehidupan manusia tidak sejahtera
- manusia sentiasa ditimpa masalah
- manusia akan dipandang renda

(v) Kesan kepada negara jika remaja hari ini tidak berilmu:
- masa depan negara terjejas
- keselamatan negara tergugat
- pertumbuhan ekonomi negara terbantut
- negara akan mundur
- masalah kemiskinan gagal diatasi

(c) Soalan aspek KOMSAS:

(i) Bentuk puisi:
- bentuk terikat dengan rima a,a,a,a.
- mempunyai enam rangkap
- mempunyai empat baris dalam serangkap
- jumlah perkataan dalam baris adalah antara empat hingga lima patah perkataan
- jumlah suku kata antara 9 hingga 12 suku kata

(ii) Persoalan / nilai / pengajaran
(I)
Persoalan: rajin menuntut ilmu
Nilai: kerajinan
Pengajaran: Kita hendaklah sentiasa mencari ilmu untuk kesejahteraan hidup.
Huraian: Amalan menuntut ilmu memerlukan kerajinan dan dijalankan sepanjang hayat.

(II)
Persoalan: kepentingan memanfaatkan ilmu
Nilai: bertanggungjawab
Pengajaran: Kita hendaklah memanfaatkan ilmu yang kita peroleh demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Huraian: Ilmu yang dimanfaatkan boleh memberi cahaya apabila kita berada di alam Barzakh menerusi amalan yang kita lakukan.

(III)
Persoalan: kebijaksaan orang yang berilmu
Nilai: kebijaksanaan
Pengajaran: Kita haruslah sentiasa menimba ilmu supaya menjadi orang bijaksana.
Huraian: Semua orang memerlukan ilmu terutamanya orang yang bijaksana.

(IV)
Persoalan: ilmu pemberi keyakinan diri
Nilai: keyakinan
Pengajaran: Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan keyakinan diri.
Huraian: Orang yang berilmu sentiasa berasa yakin untuk menempuh segala cabaran dalam kehidupan.

(iii) Gaya bahasa:
- Metafora, contohnya gemala sakti
- Anafora, contohnya “Ia penerang jalan ke syurga”, “Ia tekak yang dahaga” (pengulangan ia pada awal baris)
- Imej, contohnya imej alam seperti “darat”, “rimba”, “sungai” dan “laut”


3. PANTUN 6 KERAT
(Percubaan PERAK)

(a) Maksud:
- keris lembing aku tak takut bermaksud penulis / saya tidak gentar menghadapi musuh dan cabaran hidup

(b) Soalan KBKK:
Kesan jika dapat mengawal emosi:
- dipercayai orang lain
- kerja menjadi sempurna
- akan dihormati orang lain
- bersikap adil
- keputusan yang diambil lebih matang / rasional

(c) Soalan aspek KOMSAS

(I)
Persoalan: berani bertindak untuk mencapai cita-cita
Nilai: keberanian
Pengajaran: Kita hendaklah memiliki keberanian dalam menghadapi cabaran dan musuh untuk mencapai impian kita.
Huraian: Penulis berani menghadapi cabaran dan musuh demi mencapai impiannya.

(II)
Persoalan: kepentingan menjaga maruah diri
Nilai: berhemah tinggi
Pengajaran: Golongan wanita hendaklah menjaga maruah diri.
Huraian: Wanita yang tidak menjaga maruah diri akan dipandang hina oleh masyarakat.

(III)
Persoalan: gigih memajukan diri
Nilai: Kegigighan
Pengajaran: Kita hendaklah berusaha gigih memajukan diri dengan menimba ilmu pengetahuan
Huraian: Alam terbentang dapat dijadikan sumber seseorang itu untuk menimba ilmu.

(IV)
Persoalan: kesedihan hilang tempat bergantung / hala tuju
Nilai: Berdikari / keyakinan
Pengajaran: Kita haruslah berdikari / mempunyai keyakinan yang tinggi selepas hilang tempat bergantung / hala tuju hidup.
Huraian: Seseorang yang hilang tempat bergantung akan menghadapi kesedihan dan memerlukan keyakinan yang tinggi untuk menjamin masa depannya.


4. SYAIR JONG PECAH

(a) Soalan petikan:
Ciri-ciri rakyat yang dapat menjamin kesejahteraan negara:
- sikap mementingkan perpaduan
- mementingkan ilmu pengetahuan
- memiliki sikap sanggup berkorban demi mempertahankan negara

(b) Soalan KBKK:
Faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah negara terdedah kepada penjajahan pihak luar:
- sikap berpecah-belah
- tidak ada semangat cinta akan negara
- keadaan kemiskinan atau kemunduran rakyatnya

(c) Soalan aspek KOMSAS:

(I)
Persoalan: Sikap bersatu padu membawa kesejahteraan
Nilai: Bersatu padu
Pengajaran: Sebagai rakyat, kita perlulah bersatu padu dalam memastikan kesejahteraan negara terjamin.
Huraian: Sikap bersatu padu akan menghalang pihak luar daripada mengambil kesempatan terhadap negara.

(II)
Persoalan: berani menuntut kemerdekaan negara
Nilai: Keberanian
Pengajaran: Kita hendaklah berani dalam menentang kezaliman penjajah.
Huraian: Keberanian rakyat akan menyebabkan pihak penjajah berasa gentar untuk terus berada di sesebuah negara yang dijajah.

(III)
Persoalan: belajar daripada kesalahan yang telah dilakukan
Nilai: Keinsafan
Pengajaran: Kita haruslah merenungi kesalahan yang telah dilakukan agar tidak ditimpa musibah lagi.
Huraian: Penyair menyeru agar rakyat belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan supaya negara ini terus teguh apabila rakyat sentiasa bersatu padu.

(IV)
Persoalan: kepentingan memastikan kemerdekaan sentiasa terpelihara
Nilai: Patriotisme / bekerjasama
Pengajaran: Rakyat perlulah memiliki sikap bekerjasama dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Huraian: Sikap bekerjasama akan memastikan kemerdekaan yang dicapai akan terus berkekalan.
Peringatan kepada semua calon SPM agar menulis jawaban anda dengan ayat yang lengkap.
Dicatat oleh Cikgu Anelyza WMS di 10:29 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini
Monday, November 1, 2010
TAJUK-TAJUK POPULAR BM SPM 2010
TAJUK-TAJUK POPULAR KARANGAN

Soalan 1: Remaja / Diri sendiri
1. Kepentingan disiplin kepada pelajar
2. Gejala Sosial / Lumba Haram / Remaja Lari dari Rumah (Langkah)
3. Makanan ringan / Makanan segera (Punca & Langkah)

Soalan 2 : Keluarga
1. Gaya Hidup Sihat (Peranan ibu bapa)
2. Disiplin (Peranan ibu bapa)
3. Hubungan Kasih Sayang (Peranan ibu bapa)
4. Rancangan Televisyen Realiti (Usaha ibu bapa dalam pengekangan)
5. Keluarga Bahagia (Punca kegagalan & Kepentingan)
6. Teknologi maklumat / Internet (Peranan ibu bapa)

Soalan 3 : Masyarakat / Negara
1. Semangat Kejiranan (Langkah)
2. Riadah dan Rekreasi (Kebaikan)
3. Kehilangan / Keselamatan Kanak-kanak (Langkah mengatasi)
4. Jenayah Negara (Peranan masyarakat)
5. Polisi Sekolah Selamat (Usaha pihak sekolah)
6. Tabungan (Faedah & Usaha)
7. Pelancongan (Kebaikan)
8. Pengangkutan Awam (Langkah memperkasakan / kepentingan)
9. Membaca (Cara menggalakkan)
10. Perpaduan Kaum (Peranan)
11. Alam Sekitar – Program Pembangunan Mesra Alam / Melestarikan hutan (Langkah)
12. Bahasa Inggeris / Bahasa Asing (Kepentingan / Langkah)
13. Rasuah (Kesan / Langkah)

Soalan 4 : Global
1. Jenayah Antarabangsa (Kerjasama antara negara)
2. Penyakit berjangkit (Bentuk kerjasama)
3. Pelaburan Asing (kebaikan)
4. Kerjasama antara Negara (bentuk)
5. Keamanan serantau (langkah)
6. Kemelesetan Ekonomi (Kesan & Usaha)

Soalan 5 : Warisan / Nilai-nilai Murni / KOMSAS
1. Bangunan Bersejarah (Kepentingan & Langkah)
2. Puisi Tradisional (Usaha / Kepentingan)
3. Membaca Karya Sasatera (Sebab kurang diminati & Langkah)



TAJUK-TAJUK POPULAR KOMSAS

Cerpen / Drama Anak Laut:
1. Lambaian Malar Hijau (Persoalan / Nilai )
2. Annyss Sophillea (Nilai)
3. Menatap Wajah
4. Pusaran

Cerpen / Drama Kerusi:
1. Jangan Bunuh Rama-rama (Nilai)
2. Mariah (Nilai)
3. Sebutir Pasir di Kaki
4. Aku, Kris dan Kristal
5. Puteri Li Po

Prosa Tradisional Anak Laut:
1. Cerita Bayan Tidak Menurut Kata Ibu Bapanya
2. Pertarungan Tuah dengan Jebat

Prosa Tradisional Kerusi:
1. Sabor
2. Kezaliman Membawa Padah

Puisi Anak Laut:
1. Seloka Pak Kaduk (Pengajaran, Persoalan)
2. Jalan-jalan Raya Kotaku (Pengajaran)

Puisi Kerusi:
1. Syair Kelebihan Ilmu (Bentuk, Persoalan, Gaya Bahasa, Nilai)
2. Pantun Enam Kerat
3. Sajak Di Ruang Gemanya (Persoalan)
4. Sajak Duhai Pentafsir



TAJUK-TAJUK POPULAR TATABAHASA
1. Cakap Ajuk – Cakap Pindah
2. Ayat Majmuk – Ayat Tunggal
3. Ayat Aktif – Ayat Pasif
4. Ayat Susunan Biasa – Ayat Susunan Songsang
5. Jenis-jenis Ayat
6. Jenis-jenis Kata Kerja
7. Jenis Ayat Majmuk



PERIBAHASA POPULAR
1. alang-alang berdakwat biar basah
2. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
3. bagai aur dengan tebing
4. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
5. bagai gunting makan di hujung
6. bagai kaca terhempas ke batu
7. bagai menatang minyak yang penuh
8. bagai pahat dengan penukul
9. bagaikan tikus membaiki labu
10. belakang parang kalau diasah lagikan tajam
11. biduk lalu kiambang bertaut
12. buah tangan
13. buang yang keruh ambil yang jernih
14. bumi mana tak ditimpa hujan
15. cacing kepanasan
16. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
17. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
18. ditelan mati emak, diluah mati bapak
19. genggam bara api biar sampai jadi arang
20. buta huruf
21. hangat-hangat tahi ayam
22. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
23. ikut rasa binasa, ikut hati mati
24. indah khabar daripada rupa
25. kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
26. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
27. melentur buluh biarlah dari rebungnya
28. muafakat membawa berkat
29. pelanduk dua serupa
30. Quran buruk
31. sambil menyelam minum air
32. sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain / sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
33. sehelai sepinggang
34. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
35. seperti rusa masuk kampung
36. sudah jatuh ditimpa tangga
37. sudah terhantuk baru tengadah
38. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan
39. tulang belakang
40. umpama duduk di atas daun / seperti duduk dalam duri
41. untung sabut timbul, untung batu tenggelam
42. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang

TAJUK-TAJUK POPULAR NOVEL
1. Nilai (pengorbanan / tolong-menolong / bertanggungjawab / kegigihan)
2. Perwatakan watak sampingan
3. Latar masyarakat (Perbezaan / Perbandingan / Kegiatan Ekonomi)
4. Teknik Plot (Saspens / Kejutan / Imbas Kembali / Monolog Dalaman)
5. Persoalan (Kepimpinan / bertanggungjawab / kegigihan)
6. Pengajaran
7. Teguran pengarang / Kritikan Sosial
8. Peristiwa Menarik / Teladan
9. Latar Tempat (Perbandingan)
10. Plot (Permulaan / Peleraian / Klimaks)
11. Watak utama (Perwatakan / Cabaran / Perbandingan

NOVEL (Percubaan Johor)
Soalan (a) : Perselisihan pendapat antara watak (7m)

Rangka jawaban:
1. Perselisihan pendapat antara ibu dengan anak

Bukit Kepong – Mak Piah tidak bersetuju dengan pendapat anaknya, Othman yang ingin menjadi anggota polis kerana dia bimbang akan keselamatan anaknya dan dia bersifat antipenjajah. Othman, seorang yang berpendirian tegas dalam membuat keputusan untuk menjadi seorang anggota polis telah memujuk ibunya. Akhirnya, Mak Piah merestui cita-cita Othman ingin menjadi anggota polis.

Konserto Terakhir – Hayati tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang suka menghina dan menghukum Hilmi. Apabila Hilmi dihukum oleh Datin Salmah dengan tidak memberikan Hilmi makan malam, Hayati telah menyuruh Mak Minah menghantar makan malam kepada Hilmi di bilik Hilmi. Hayati telah memujuk Hilmi supaya makan demi kesihatan Hilmi.

2. Perselisihan pendapat antara suami isteri

Bukit Kepong – Isteri Mohammad Jaafar iaitu Mariam Ibrahim telah memintanya supaya membalas serangan komunis dari berek mereka sahaja kerana mereka berada dalam ketakutan. Namun begitu, Mohammad Jaafar telah meninggalkan isteri dan tiga orang anaknya untuk bersama-sama dengan anggota polis yang lain dalam mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong. Akhirnya, dia mati selepas kompleks polis ditawan polis.

Konserto Terakhir – Azizah berselisih pendapat dengan Hilmi tentang tanggungjawabnya sebagai suri rumah tangga. Azizah telah bosan menjadi seorang suri rumah tangga dan menganggap pekerjaan itu sebagai seorang kuli. Hilmi pula mengatakan bahawa Azizah perlu menjaga semua urusan rumah tangga dan anak mereka sementara dia pula keluar mencari rezeki. Akibat perbezaan pendapat ini, Azizah telah meninggalkan Hilmi dan kembali ke rumah bapanya, Encik Bakar.

Soalan (b) : Pengorbanan satu watak bagi setiap novel (8 markah)
Rangka jawaban:
1. Pengorbanan Othman dalam Bukit Kepong – Othman bersama-sama dengan 17 orang anggota polis yang lain berjuang hingga titisan darah terakhir dalam mempertahankan Rumah Pasung Bukit Kepong apabila diserang oleh 180 orang pengganas komunis pada 23 Februari 1953. Dia enggan menyerah kalah apabila disuruh berbuat demikian oleh komunis. Akhirnya, kaki kirinya tercedera akibat terkena tembakan.

2. Pengorbanan Pak Karim – Datuk Johari telah meninggalkan isteri pertamanya pada malam pertama perkahwinannya dengan gadis kampung pilihan keluarganya. Hal ini disebabkan dia telah mempunyai pilihan hati sendiri di kota. Demi menjaga maruah keluarga Datuk Johari di kampung dan mengelakkan pergaduhan antara keluarga Datuk Johari dengan bekas isteri Datuk Johari, Pak Karim iaitu abang sepupu Datuk Johari telah bersetuju untuk mengahwini bekas isteri Datuk Johari dan menjaga anak Datuk Johari, Hilmi seperti anak kandungnya.

Disediakan oleh: Liew Tzi-Qing (5KL Set 2)
Dicatat oleh Cikgu Anelyza WMS

NOVEL (Percubaan Kelantan)
Soalan 1: Dua peristiwa yang menunjukkan semangat tolong-menolong (7m)

Rangka jawaban:
Bukit Kepong:

1. Susulan daripada peristiwa penahanan bas - Selepas bas yang dinaiki oleh Limah dan penumpang lain dibakar oleh pengganas komunis yang diketuai oleh Lektuan, Wak Karjo yang mengetuai semua penumpang tersebut pergi ke Kampung Raja untuk mendapatkan bantuan. Mereka tidak berpakaian kerana pakaian mereka telah dibakar. Semua penduduk Kampung Raja memberikan pertolongan kepada semua penumpang bas tersebut sementara menunggu anggota polis tiba.
2. Selepas serangan Rumah Pasung Bukit Kepong – Semua penduduk kampung tanpa mengira kaum tampil memberikan bantuan makanan, pakaian dan tenaga bagi meringankan penderitaan keluarga polis yang masih hidup. Pasukan penyelamat OCPD memberikan rawatan kepada anggota polis yang cedera dan memadamkan api dan mencari anggota polis yang tertimbus serta terbakar. Semua mangsa yang mengalami kecederaan termasuk Othman yang mengalami kecederaan pada kaki kiri telah dihantar ke Hospital Muar untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa lain yang terkorban telah disemadikan di dalam 23 liang lahad di pekarangan Masjid Bukit Kepong pada 24 Februari 1953.
Konserto Terakhir:

1. Encik Bakar sudi mengajar Hilmi untuk bermain alat-alat muzik dan membaca not-not muzik secara percuma. Beliau tidak meminta sebarang upah. Menurut beliau, sebagai seorang seniman, kejayaan Hilmi merupakan ganjaran untuknya. Akhirnya, Hilmi menjadi seorang seniman yang terkenal dengan lagu-lagu gubahannya seperti Sebuah Intermeso, Detik-detik Perpisahan, Seniman dan Balada Kasih berkat dengan pertolongan Encik Bakar.
2. Hayati mengambil alih tempat Hilmi pada malam Pertunjukan Orkes Perdana di Dewan Tunku Canselor yang sepatutnya dipimpin oleh Hilmi. Malangnya, Hilmi tidak dapat menghadiri pertunjukan tersebut kerana dia terjatuh di hadapan rumahnya dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. Hayati berjaya memimpin “Hilmi Potpouri” dengan baik dan mendapat tepukan gemuruh daripada semua penonton termasuklah daripada Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong serta Perdana Menteri.

Soalan 2: Huraikan satu kegiatan ekonomi masyarakat dalam setiap novel. (8m)

Rangka jawaban:

Bukit Kepong – penoreh getah. Sebelum menjadi anggota polis, Othman merupakan seorang penoreh getah. Ibu bapanya iaitu Mak Piah dan Pak Yusof menyara kehidupan keluarganya dengan menorah getah. Selepas Othman bersara, Othman kembali menyara kehidupannya sekeluarga dengan menorah getah.

Konserto Terakhir – bermain muzik secara profesional atau seniman. Encik Bakar dan Hilmi menyara kehidupan keluarga mereka dengan bermain alat-alat muzik. Mereka telah berjaya menjadi seorang seniman yang terkenal. Hilmi telah memenangi hadiah dalam pesta muzik tahunan anjuran RTM selama tiga tahun berturut-turut. Hilmi juga memenangi hadiah dalam Festival Muzik di Tokyo.

Disediakan oleh: Sin Jen-Li (5MC Set1)

NOVEL (Percubaan SBP)
Soalan (a): Nyatakan dua teguran yang dibuat oleh pengarang. (7m)

Rangka jawaban:

Bukit Kepong

1. Pengarang menegur sikap golongan ibu yang menghalang cita-cita anaknya untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Contoh: Mak Piah tidak bersetuju Othman untuk menjadi seorang anggota polis pada awalnya. Hal ini disebabkan dia risau akan keselamatan anaknya, Othman dan dia juga mempunyai perasaan antipenjajah yang mendalam. Namun begitu, setelah dipujuk oleh Othman, akhirnya dia akur juga dengan keputusan anaknya itu untuk menjadi seorang anggota polis untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.
2. Pengarang menegur sikap penduduk kampung yang menjadi pengkhianat negara.
Contoh: Madera, Tucksai dan Kandar merupakan tali barut pengganas komunis. Mereka turut terlibat dalam perancangan serangan Rumah Pasung Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Ahlam pula sanggup membekalkan ubat-ubatan dan makanan kepada pengganas komunis.

Konserto Terakhir:

1. Pengarang menegur sikap masyarakat kota yang melupakan ajaran agama
Contoh: Pergaulan Hayati dan Mohsin terlalu bebas walaupun mereka hanya bertunang. Keluarga Datuk Johari pula tidak bersembahyang dan memiliki sebuah bar mini di dalam rumah mereka. Selain itu, Datin Salmah mulai risau apabila mengetahui anaknya, Hayati telah mula bersembahyang dan membaca kitab-kitab agama selepas pemergian Hilmi dari rumahnya.

2. Pengarang menegur sikap masyarakat yang suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contoh: Datin Salmah memandang rendah kepada Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung dan bersekolah setakat darjah empat Sekolah Melayu. Oleh itu, dia malu untuk mengaku Hilmi sebagai anak saudaranya dan memanggil Hilmi sebagai tukang kebun apabila berhadapan dengan jirannya dan kawan-kawannya.

Disediakan oleh : Chong Mac Wai (5MC Set 1)


NOVEL (Percubaan N.Sembilan)

Soalan (b) : Perbandingan perwatakan satu watak sampingan dalam dua novel (8m)

Jawaban:

Berdasarkan novel Bukit Kepong, karya Ismail Johari dan novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain yang telah saya kaji, terdapat satu watak sampingan dalam kedua-dua buah novel yang dapat dibandingkan dari sudut perwatakan mereka. Watak sampingan dalam novel Bukit Kepong ialah Limah manakala watak sampingan dalam novel Konserto Terakhir pula ialah Hayati. Limah ialah isteri Othman manakala Hayati ialah anak Datuk Johari dan isteri Mohsin.

Antara persamaan perwatakan watak sampingan tersebut ialah mereka taat kepada suami. Dalam novel Bukit Kepong, Limah meminta izin daripada suaminya, Othman ketika dia hendak pergi membeli belah di pekan Muar bersama dengan dua orang isteri anggota polis yang lain iaitu, Mek Mah dan Kak Esah. Othman mengizinkan Limah yang sedang hamil pergi ke Muar manakala Hayati pula telah meminta izin daripada suaminya iaitu Mohsin untuk berjumpa dengan Hilmi sebelum mereka berangkat ke London. Akhirnya, Hayati dan Hilmi bertemu di sebuah taman bunga dengan bantuan Mamat dalam novel Konserto Terakhir.

Persamaan yang seterusnya ialah mereka merupakan wanita yang penyayang. Hal ini dapat dilihat apabila Limah menjadi gila apabila mendapat khabar angin yang mengatakan bahawa Othman telah terkorban dalam pertempuran Rumah Pasung Bukit Kepong dengan pengganas komunis. Pada masa itu, Limah baru sahaja melahirkan anak sulungnya dan masih dalam keadaan berpantang. Oleh sebab terlalu sayang akan suaminya, Limah menjadi gila manakala Hayati pula menyayangi Hilmi. Hayati telah berubah sikap selepas Hilmi meninggalkan rumah Datuk Johari. Hayati sering meratapi pemergian Hilmi dan dia sering berada di pekarangan rumah untuk melihat sisa tanaman Hilmi hingga lewat Maghriba Akhirnya, Hayati telah bertemu dengan Hilmi untuk meluahkan perasaannya kepada Hilmi.

Perbezaan perwatakan yang terdapat antara dua watak sampingan ini pula ialah pebezaan ketaatan mereka kepada ajaran agama. Limah seorang kuat pegangan agamanya. Dia mengajar anak-anak polis di Rumah Pasung Pagoh mengajar mengaji al-Quran dan muqaddam manakala Hayati pula tidak bersembahyang pada peringkat awal cerita. Kehidupannya agak sosial dan kebaratan berbanding dengan Limah yang lebih kekampungan. Hayati juga bebas bergaul dengan Mohsin.

Disediakan oleh: Daryl (5KL Set 2)


NOVEL (Contoh Jawaban Percubaan Terengganu)
Soalan 1 : Huraikan bagaimanakah watak utama berjaya menimbulkan kesedaran dalam kalangan pembaca? (7m)

Novel yang saya kaji ialah novel Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussain. Dalam novel ini, watak utama iaitu Hilmi berjaya meninggalkan kesedaran dalam kalangan pembaca.

Antara kesedaran yang ditimbulkan oleh watak utama adalah melalui kegigihan dan kerajinan watak utama untuk meneruskan kehidupan. Hilmi merupakan seorang pemuda kampung yang tidak berpendidikan tinggi dan hanya berkelulusan darjah empat sehinggakan Datuk Johari gagal mencarikan pekerjaan untuknya. Namun begitu, dia bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari dengan yang rajin dan bertanggungjawab. Dia mengusahakan tanah terbiar di halaman rumah Datuk Johari dengan menanam sayur-sayuran dan menternak ayam. Selain itu, Hilmi juga gigih berusaha untuk mempelajari muzik daripada Encik Bakar. Akhirnya, dia menjadi seorang pemuzik yang terkenal. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya sikap gigih dan rajin untuk mencapai kejayaan.

Selain itu, watak utama juga berjaya menyedarkan pembaca melalui konflik yang dihadapinya. Semasa bekerja di rumah Datin Salmah, Hilmi sentiasa dihina dan dilayan buruk oleh Datin Salmah kerana Hilmi berstatus rendah. Hilmi sering dimarahi dan dianggap sebagai tukang kebun oleh Datin Salmah walaupun Hilmi merupakan anak saudara Datin Salmah. Namun begitu, Hilmi tidak pernah marah dan berdendam dengan Datin Salmah. Begitu juga dengan isterinya, Azizah yang lari dari rumahnya selepas setahun kelahiran anak pertama mereka iaitu Hakim. Azizah menganggap bahawa tugas suri rumah membebankan dan Hilmi dikatakan masih mempunyai hubungan dengan Hayati. Azizah turut mengajar anak lelaki mereka memanggil Hilmi sebagai bapa jahat apabila Hilmi mengunjungi anaknya di rumah Encik Bakar. Namun begitu, Hilmi tidak pernah memarahi Azizah. Hal ini menyedarkan pembaca agar kita sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan jangan menyimpan perasaan dendam.


Soalan 2: Huraikan teknik imbas kembali dan monolog dalaman yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari. (8m)

Novel yang saya kaji ialah novel Bukit Kepong karya Ismail Johari dan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain.

Penulis telah menyisipkan teknik imbas kembali dalam novel Bukit Kepong. Teknik ini dapat dilihat apabila Sarjan Jamil Mohd. Shah teringat kembali akan peristiwa kedatangan Tucksai dan Ahmeng ke Rumah Pasung Bukit Kepong sebelum serangan rumah pasung itu dilancarkan oleh Chanfei dan pengikutnya. Dia teringat cerita mereka berdua dan pandangan Lans Koperal Jidin Omar akan kebenaran cerita tersebut. Pada masa yang sama, dia teringat akan isteri dan anak-anaknya di Batu Pahat.

Penulis juga menggunakan teknik monolog dalaman dalam novel Bukit Kepong apabila Fatimah Lawa berazam untuk menebus kematian suaminya, Hassan Osman yang terkorban dalam serangan Rumah Pasung Bukit Kepong oleh komunis pada 23 Februari 1950. Dia berbisik-bisik dalam hati tentang keazamannya untuk membalas dendam atas kematian suaminya. Dia telah menggunakan senapang suaminya dan melawan komunis dengan berani.

Peristiwa imbas kembali yang terkandung dalam novel Konserto Terakhir ialah Datuk Johari teringat kembali tindakan Datuk Johari meninggalkan kampungnya di Kedah pada malam perkahwinannya kerana bapanya memaksanya berkahwin dengan seorang gadis daripada kaum keluarga mereka sebaik dia tamat School Certificate. Pada malam perkahwinannya, Datuk Johari meninggalkan kampungnya dan meninggalkan surat cerai kepada isterinya. Sejak itu, dia tidak pernah balik ke kampungnya kecuali pada hari kematiang bapanya kira-kira 17 tahun yang lalu.

Selain itu, penulis juga menggunakan teknik monolog dalaman dalam novel Konserto Terakhir apabila Hilmi sedang menggembur tanah di sekeliling rumpun bunga raya di hadapan biliknya. Pada ketika itu, Mohsin menghantar Hayati dengan motokar Volvo sportsnya. Hilmi belum mengetahui nama pemuda yang begitu rapat dengan Hayati. Oleh itu, dia bertanya sendirian tentang nama pemuda yang menghantar Hayati itu.

Jawaban disediakan oleh Gan Kai Ting (5WP Set1)

Monday, November 8, 2010

ULANG KAJINTERANCANG MENJELANG SPM

Kertas 2

Soalan 1- Rumusan- Perlu menguasai Teknik Penulisan Rumusan

Soalan 2(a) Pemahaman Petikan umum- Perlu menguasai Teknik menjawab soalan


Soalan 2(b) Pemahaman Prosa Moden

Pilihan 1- Cerpen Lambaian Malar Hijau

Pilihan 2- Cerpen Annys Sophilea

Pilihan 3 - Drama Jangan Bunuh Rama-rama

Pilihan 4-Cerpen Tragedi

Pilihan 5- Cerpen Sebutir Pasir di Kaki

Soalan 2(c) Pemahaman Prosa Tradisional

Pilihan 1-Sabor

Pilihan 2. Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya
Pilihan 3. Pertarungan Tuah Dengan Jebat
Pilihan 4. Peminangan Puteri Gunung Ledang
Pilihan 5. Sikap Terburu-Buru Akan Membawa Padah.

Soalan 2(d) Puisi

Pilihan 1- Syair Kelebihan Ilmu

Pilihan 2-Sajak Duhai Pentafsir

Pilihan 3- Sajak Di Ruang Gemanya

Pilihan 4-Sajak Keindahan yang Hilang

Pilihan 5-Syair Jong Pecah

Soalan 3(a) hingga 3(e) Tatabahasa

Soalan 3(a) Bina ayat-Bahasa Istana –bersiram, berangkat, beradu,

Soalan 3(b) menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif, ayat susunan songsang kepada biasa, memisahkan ayat atau menyambungkan ayat

Soalan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

Soalan 3(d) Kesalahan kata atau istilah dan kesalahan bahasa

Soalan 3(e) mengemukakan peribahasa yang sama maksud.

Soalan 4 Novel

Pilihan 1- Peranan watak dalam sesebuah novel

Pilihan 2- Huraikan bahagian plot/Teknik plot dalam salah satu novel

Pilihan 3-Teguran/Kritikan sosial/masyarakat dalam salah satu novel

Pilihan 4-Perbandingan antara dua watak utama

Pilihan 5-Huraikan jenis-jenis watak yang terdapat dalam novel.

Pilihan 6-Huraikan cara pengarang menerapkan nilai/menggambarkan watak.

Pilihan 7-Huraikan tiga nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel.

Pilihan 8-Huraikan konflik/perselisihan/pertentangan yang terdapat dalam novel yang dikaji.

Pilihan 9-Huraikan dua teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel.

Pilihan 10-Huraikan unsure kejutan yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

* kepada pengguna blog (terutama para pelajar/calon SPM 2010) sila beri perhatian kepada karya-karya di atas semasa ulang kaji. Tajuk-tajuk karya tersebut menjadi fokus penting bagi peperiksaan pada tahun ini. Walau bagaimanapun hal ini tidak bermakna tajuk-tajuk lain tidak perlu diabaikan.

* Bincangkan perkara ini bersama guru-guru anda di sekolah.

** Sumber : Cikgu Ghalib Yunus