Monday, October 25, 2010

PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2010

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah untuk menangani penularan wabak Influenza H1N1 dan punca-punca penyakit ini cepat merebak. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak beberapa minggu belakangan ini, Influenza A atau H1N1 menjadi perkara yang mengancam nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak H1N1 yang semakin merebak dengan jumlah kes jangkitan yang dikesan melebihi 2000 yang membabitkan 21 negara. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan sepuluh langkah yang agak ketat bagi menangani penularan Influenza A atau H1N1. Antaranya termasuklah (S1)mewajibkan semua pelancong dan warga Malaysia yang kembali dari luar negara mengisi borang pengisytiharan status kesihatan mereka. Sesiapa yang (S2)gagal mengisi borang tersebut selepas peraturan berkenaan diwartakan pada minggu depan, mereka boleh dikenakan tindakan, iaitu penjara selama dua tahun atau denda RM2 000 atau kedua-duanya mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988. Keputusan iaitu dibuat dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Negara Malaysia turut mencatat kes penularan tempatan pertama wabak H1N1 yang membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa jawatankuasa itu juga memberikan mandat kepada Majlis Keselamatan Negara yang turut dipengerusikannya untuk mengambil tindakan yang wajar jika berlaku jangkitan wabakH1N1 di sesuatu tempat bagi menyekat penularannya. Majlis tersebut boleh (S3)mengambil tindakan `penjarakkan sosial’ seperti menutup sekolah serta institusi pengajian tinggi dan membatalkan majlis perjumpaan awam atau perhimpunan. Selain itu, (S4)memeriksa kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat dari negara berisiko penularan H1N1, iaitu Amerika Syarikat, Melbourne di Australia, dan Manila, Filipina serta merupakan langkah yang diambil untuk mengelakkan penularan wabak ini. ((S5)meneruskan saringan kesihatan di semua pintu masuk negaraS6)Topeng muka akan diberikan kepada sesiapa yang dijangkiti wabak itu ketika dalam perjalanan ke negara ini, manakala (S7)pelalian influenza bermusim dibekalkan untuk golongan berisiko bagi mengurangkan bahaya dijangkiti wabak H1N1. Selain itu, (S8)Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diminta membantu bagi menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas terutamanya berhubung dengan kebersihan tandas awam serta memperluas kempen menjaga kebersihan diri. Menurut Timbalan Perdana Menteri, (S9)kempen media oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan lebih giat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan.


(S10)Pihak pengurusan agensi atau kementerian yang menyediakan perkhidmatan utama pula perlulah memastikan anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan wabak Influenza A. Di samping itu, pihak hospital kerajaan atau hospital swasta juga perlu mengehadkan pelawat seperti dua orang pelawat bagi setiap pesakit dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan melawat pesakit. (S11)Pihak kerajaan akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan wabak tersebut tidak terus menular di negara ini.


Kerajaan turut memberikan perhatian kepada sektor pelancongan untuk menangani penularan wabak ini. Dalam hal ini, maklumat telah disebarkan kepada semua kedutaan Malaysia agar pelancong yang berkunjung ke negara ini mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut peraturan yang telah digariskan oleh pihak berkuasa. Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa kementeriannya turut menyediakan pengangkutan untuk membawa pesakit yang disyaki dijangkiti wabak Influenza A atau H1N1 dari klinik ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak tidak panik dengan penularan wabak tersebut kerana keadaan masih terkawal.

(Dipetik dan diubahsuai daripada “Langkah Cegah H1N1”, Anwar Hussin, Nazura Ngah, Fatin Hafizan Mohd Shahar, dan Khairul Azran Hussin, Berita Harian, 19 Jun 2009)

ARAHAN :
Jawab soalan rumusan di atas dan hantar kepada guru anda 28 Oktober 2010

PERSEDIAAN ULANG KAJI KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM 2010

KETABAHAN WATAK UTAMA DALAM NOVEL

(a) Ketabahan watak utama dalam sebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas?

(Contoh soalan daripada Cikgu Abd Razak Hassan)

ANALISIS : Soalan gabungan KOMSAS KBKK.
Teknik Menjawab : Mesti menyatakan watak utama dengan betul. Mesti membuktikan watak utama mempunyai ketabahan yang membolehkannya memperoleh kejayaan. Mesti nyatakan bentuk ketabahan yang dipunyai oleh watak utama.

JAWABAN CONTOH :
NOVEL : SETEGUH KARANG / TERMINAL 3
WATAK UTAMA : AWANIS / RIMPA

1. Tabah mengharungi dugaan hidup.
AWANIS sanggup memikul tanggungjawab mengurus keluarga walaupun masih belajar.
AWANIS sanggup menyahut cabaran ENCIK JOHARI menjatuhkan tandan kelapa sawit.

RIMPA sanggup membantu ibunya bertani dan mencari nafkah setelah ditinggalkan bapa.
RIMPA sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur untuk belajar demi masa depan keluarga.

2. Tabah menjalani kehidupan sebagai anak yatim.
AWANIS tabah meneruskan hidup selepas kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan.

RIMPA tabah memikul tanggungjawab mengurus keluarga setelah bapanya menghilangkan diri.

3. Tabah melayani karenah ahli keluarga / rakan.
AWANIS sentiasa tabah melayani karenah Kak May @ Maisarah yang mengalami masalah psikologi selepas kematian ibu bapanya.

RIMPA tabah melayan karenah Rozaini yang berubah selepas dia menyertai kumpulan dakwah.

Tajuk-tajuk Penting Kefahaman KOMSAS

Sebagai persediaan rapi dan lengkap untuk menjawab Soalan Pemahaman 2b, 2c & 2d, SEMUA TEKS sama ada dalam antologi Anak Laut mahupun Kerusi perlu DIBACA,DIFAHAMI & DIKAJI. Namun calon-calon SPM Nov 2010 disarankan agar memberi PERHATIAN & TUMPUAN yang lebih terhadap teks-teks berikut memandangkan teks -teks ini belum disoal (sejak SPM Nov 2001 hingga SPM Jun 2010):

CERPEN

a. Annyys Sophillea (Anak Laut)

b. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)

PROSA KLASIK

a. Sabor (Kerusi)

SAJAK

a. Jalan-Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)

b. Duhai Pentafsir (Kerusi)

c. Di Ruang Gemanya (Kerusi)

PUISI TRADISIONAL

a. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)

b. Pantun Enam Kerat (Kerusi)

c. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)


Selain itu, teks-teks berikut pada hemat saya, juga perlu diberi PERHATIAN & TUMPUAN:

CERPEN

a. Tragedi (Kerusi) SPM Nov 2001

b. Sebutir Pasir Di Kaki (Kerusi) SPM Jun 2002

c. Aku, Kris & Kristal (Kerusi) SPM Jun 2004

DRAMA

a. Jangan Bunuh Rama-Rama (Kerusi) SPM Jun 2006

b. Kerusi (Kerusi) SPM Jun 2009

PROSA KLASIK

a. Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya (Anak Laut) SPM Nov 2001, SPM Nov 2005

b. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut) SPM Jun 2002, SPM Jun 2007

c. Peminangan Puteri Gunung Ledang (Anak Laut) SPM Nov 2008
PUISI TRADISIONAL
a. Syair Jong Pecah (Kerusi) - syair ini agak panjang dan hanya sebahagian yang pernah dipetik untuk disoal. SPM Jun 2002

Sumber : Cikgu Suhaimi MRSM Transkrian